Pada 24hb. Feb 2012 (Jumaat), jam 3:30 petang, YB Datuk Hj. Johan selaku Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional Bahagian Hulu Langat telah di arahkan oleh Pejabat Perdana Menteri, membuat lawatan tapak untuk menentukan lokasi sempena majlis pecah tanah SJKC Sg Long. Majlis itu nanti akan di sempurnakan oleh YAB Dato Sri Najib, dimana kelulusan SJKC telah pun di perolehi daripada Kerajaan Persekutuan. Surat kelulusan telah pun di serahkan ketika majlis sambutan Tahun Baru Cina di Kajang oleh YB Dato' Noh Omar iaitu wakil YAB Timbalan Perdana Menteri.
Perbincangan Menentukan Lokasi Sesuai
YB Datuk Hj. Johan Meninjau Tapak Lokasi
Sehubungan
dengan itu, satu lagi permohonan yang masih belum di tunaikan dalam
surat permohonan kepada Perdana Menteri ketika majlis berbuka puasa
tahun 2011 di Pekan Batu 14 Hulu Langat, iaitu Penutupan Tol Batu
11, Cheras. Justeru itu, dengan mengambil kesempatan diatas kehadiran YAB Perdana Menteri pada 1hb. Mac 2012, di Sg Long kelak, YB Datuk Hj. Johan akan merayu lagi secara
bersurat, supaya YAB Perdana Menteri dapat mengumumkan berita gembira
mengenai Tol Batu 11,Cheras, atau memaklumkan keputusan kajian yang telah dibuat oleh Kerajaan Barisan Nasional,pada hari majlis pecah tanah tersebut.
Rakyat DiDahulukan, Pencapaian DiUtamakan.
No comments:
Post a Comment