Saturday, February 25, 2012

Lawatan ke Tapak SJKC Sg Long

Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia,

Pada 24hb. Feb 2012 (Jumaat), jam 3:30 petang, YB Datuk Hj. Johan  selaku Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional Bahagian Hulu Langat telah di arahkan oleh Pejabat Perdana Menteri, membuat lawatan tapak untuk menentukan lokasi sempena majlis pecah tanah SJKC Sg Long. Majlis itu nanti akan di sempurnakan oleh YAB Dato Sri Najib, dimana kelulusan SJKC telah pun di perolehi daripada Kerajaan Persekutuan. Surat kelulusan telah pun di serahkan ketika majlis sambutan Tahun Baru Cina di Kajang oleh YB Dato' Noh Omar iaitu wakil YAB Timbalan Perdana Menteri.

 Perbincangan Menentukan Lokasi Sesuai


YB Datuk Hj. Johan Meninjau Tapak Lokasi


Sehubungan dengan itu, satu lagi permohonan yang masih  belum di tunaikan dalam surat permohonan kepada Perdana Menteri ketika majlis berbuka puasa tahun 2011 di Pekan Batu 14 Hulu Langat, iaitu Penutupan Tol Batu 11, Cheras. Justeru itu, dengan mengambil kesempatan diatas kehadiran YAB Perdana Menteri pada 1hb. Mac 2012, di Sg Long kelak, YB Datuk Hj. Johan akan merayu lagi secara bersurat, supaya YAB Perdana Menteri dapat mengumumkan berita gembira mengenai Tol Batu 11,Cheras, atau memaklumkan keputusan kajian yang telah dibuat oleh Kerajaan Barisan Nasional,pada hari majlis pecah tanah tersebut.

Untuk makluman, semua permohonan daripada barisan Nasional Hulu Langat telah di tunaikan oleh YAB Perdana Menteri, termasuklah kelulusan tapak SJKC tersebut,  kecuali Penutupan Tol Batu 11, Cheras sahaja yang masih di tunggu-tunggu oleh rakyat Hulu Langat.

Rakyat DiDahulukan, Pencapaian DiUtamakan.

Monday, February 13, 2012

Berita Terkini :- Penyerahan Surat Penutupan Tol di Cheras Oleh YB Datuk Hj Johan Abd. Aziz

Pada minggu lepas hari Khamis, 9hb. Feb 2012 , YB Datuk Hj Johan Abd. Aziz telah menghadiri mesyuarat BN Negeri Selangor yang dipengerusikan oleh YB Dato' Sri Najib di PWTC.

Dalam perjumpaan tersebut, beliau telah menyerahkan surat penutupan tol Cheras di Batu 11 kepada YB Dato' Sri Najib. Ini merupakan surat yang ke3 diserahkan dan merupakan tindakan susulan dari demonstrasi yang telah dilakukan pada 21hb. Jan 2012.


Sidang Mesyuarat Berlansung

Sesungguhnya semua warga Cheras khasnya yang menggunakan Lebuhraya Grand Saga mengharapkan agar pemintaan mereka mengenai penutupan tol Cheras di Batu 11 akan termakbul. Ianya benar-benar memberi makna yang besar dalam meringankan bebanan harian walaupun hanya RM1.80 untuk dwihala.


YB Datuk Hj Johan Meniliti Mesyuarat
Rakyat Cheras amat berterima kasih atas usaha yang tidak putus-putus oleh YB Datuk Hj. Johan Abd Aziz selaku Pengerusi Penyelaras BN Bahagian Hulu Langat dalam memperjuangkan hasrat rakyat dalam usaha penutupan tol tersebut.

Sesungguhnya rakyat menyedari bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak akan menghampakan mereka, selaras dengan slogan "Rakyat DiDahulukan, Pencapaian DiUtamakan".


(Terjemahan Bahasa Cina oleh Mr.WH Pung)


20122`13日(星期一)
最新消息:乌鲁冷岳区国阵主席拿督佐汉阿兹呈交敦促关闭蕉赖大道收费站诉求信
在上星期四29日,乌鲁冷岳区国阵主席兼士毛月区州议员拿督佐汉阿兹出席了于吉隆坡世界太子贸易中心所举行的雪州国阵会议。在这项由首相主持的会议上,拿督佐汉阿兹呈交了敦促关闭蕉赖大道十一哩收费站的诉求信,而所呈交的这第三封诉求信也是乌鲁冷岳区国阵于2012121日所发动的请愿示威活动后所采取的一项后续行动。
虽然车主来回使用蕉赖大道的两个收费站只须缴付3零吉80仙,但是蕉赖区乃至于整个乌鲁冷岳区内的人民都深切希望,关闭收费站的愿望能够早日实现,以便减轻生活上的负担。
乌鲁冷岳区内尤其是居住在蕉赖区的人民都非常感激拿督佐汉阿兹为了人民的福祉,在要求关闭蕉赖大道收费站的事件中所展现出的锲而不舍之努力和精神。
人民也深信,“以民为本,绩效为先”的国阵政府在这项课题上必定不会辜负他们的期望