Friday, March 2, 2012

Akhirnya....Tol Grand Saga DiMansuhkan 50%

Alhamdulillah... akhirnya Tol Grand Saga dimansuhkan sebanyak 50% !!!

Berita yang amat mengembirakan pengguna lebuhraya Grand Saga ini telah disampaikan oleh YAB Dato' Sri Najib semasa Program Sepetang & Majlis Pecah Tanah Projek SRJKC (C) Bandar Sungai Long pada 1hb. Mac 2012 pada hari Khamis semalam.

Program Untuk Rakyat

Ianya adalah hasil usaha berterusan yang diketuai oleh  YB Datuk Hj. Johan  selaku Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional Bahagian Hulu Langat sejak 2009 lagi. Ini adalah permintaan rakyat di Parlimen Hulu Langat yang disuarakan dan disusuli saban hari tanpa perasaan putus asa oleh beliau. Terima kasih YB.

Bagi lebih 120,000 pengguna lebuhraya Grand Saga, pemansuhan 50% tol tersebut bakal meringankan beban bulanan mereka. Pemansuhan kutipan tol dikedua-dua  plaza  yang dipisahkan oleh jarak 3km,  adalah seperti berikut:-
  1. Plaza Tol Batu 9 , arah ke Kuala Lumpur ........ dimansuhkan.
  2. Plaza Tol Batu 9, arah ke Kajang .................... RM1.00
  3. Plaza Tol Batu 11, arah ke Kajang .................. dimansuhkan.
  4. Plaza Tol Batu 11, arah ke Kuala Lumpur ....... RM0.90
Ini bermakna daripada RM3.80 bagi dwihala, kini cuma tinggal RM1.90. Oleh yang demikian pengguna yang ingin pergi ke Kuala Lumpur atau ke Kajang hanya dikenakan tol sekali sahaja. Bagi pengguna rutin, kos tol telah dikurangkan sebanyak RM1.90 x 30 hari x 12 bulan = RM684 setahun. Nilai ini telah melebihi BR1M RM500.

 Pengumuman Bakal DiBuat

Hadirin Ceria Menanti Berita Gembira

Semasa berita gembira itu disampaikan oleh YAB Dato' Sri Najib, para hadirin telah gamat bersorak dan sesungguhnya suasana sedemikian amat besar maknanya dimana Kerajaan Barisan Nasional telah mengotakan janji mereka dan yang lebih bermakna, bila slogan "Rakyat DiDahulukan, Pencapaian DiUtamakan" telah dibuktikan dalam bentuk realiti.

Bukan hanya pemansuhan tol dikotakan, malah perlaksanaanya yang serta merta iaitu tepat jam 12:00 malam, pemansuhan tersebut dikuatkuasakan. Ianya disambut oleh gema sorakan dan rasa keterujaan sekala maksimum oleh lebih 20,000 para hadirin yang membanjiri program tersebut.

 Hari 2hb.Mac 2012, Tiada Kutipan Tol Lagi.

Alangkah leganya pengguna lebuhraya Grand Saga apabila tidak lagi kerap menambah nilai Touch n Go atau menyelok saku menghulur wang setiap kali melalui plaza tol. Agak kekok pada permulaanya, bila melalui plaza tol, masih ada sesetengah pemandu memperlahankan kenderaan. Namun setelah melihat tiada lagi jurutol menghulur tangan, lampu LED mempamirkan "tidak beroperasi" dan palang tol terangkat tinggi, saya pasti setiap pemandu akan tersenyum lega.

Inilah bukti Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang peka dengan bebanan rakyat dan mereka telah menunaikan permintaan rakyat. Oleh yang demikian, terpulanglah pada rakyat  untuk memenuhi permintaan Kerajaan Barisan Nasional melalui PRU13 kelak, undi anda adalah tanda terima kasih anda dan amanah untuk Barisan Nasional demi kesejahteraan rakyat Malaysia semua.

Terima kasih YAB Dato' Sri Najib.
Sayangi Selangor.
Yakini BN.