Saturday, January 21, 2012

Sidang Media Desakan Penutupan Plaza Tol Grand Saga Batu 11, Cheras

Pada pagi Sabtu 21hb. Jan 2012 bertempat di Plaza Tol Grand Saga Batu 11, Cheras telah di adakan satu sidang media mengenai desakan agar pihak Kerajaan menutup Plaza Tol Grand Saga Batu 11. Sidang media yang di laksanakan oleh UMNO Bahagian Hulu Langat yang diterajui oleh YB Datuk Hj. Johan dengan pemimpin masyarakat setempat juga bersama-sama rakyat yang mahukan desakan dibuat agar permintaan dapat dilaksanakan dengan kadar yang segera.


YB Datuk Hj. Johan semasa sidang media


Desakan agar tol ditutup

Majlis berjalan lancar dan aman dengan dihadiri oleh lebih 300 orang penduduk yang telah berkumpul sejak pukul 8 pagi. Mereka berarak sambil membawa kain rentang dan berhimpun secara aman di hadapan Tol Grand Saga Batu 11.

Tolong tutup plaza tol batu 11 !!!!

Memang menjadi harapan yang tinggi bagi penduduk dan pengguna lebuhraya Grand Saga agar pihak kerajaan menutup Plaza Tol Grand Saga Batu 11 bagi meringankan beban rakyat. Seperti mana slogan BN " Rakyat diDahulukan, Pencapaian diUtamakan".


(Terjemahan Bahasa Cina oleh Mr.WH Pung)

 
2012121日(星期六)
争取关闭蕉赖十一哩收费站之新闻发布会
2012121日(星期六)早上,乌鲁冷岳区国阵主席兼巫统区会主席拿督佐汉阿兹州议员主持了一项要求关闭蕉赖大道十一哩收费站的新闻发布会。出席这项新闻发布会的包括了乌鲁冷岳区国阵各成员党的领袖、地方上的社团领袖及人民,大家都异口同声地敦促政府尽速关闭蕉赖大道十一哩收费站。
配合这项新闻发布会的举行,从早上八点开始,有大约300位居民集聚在蕉赖大道十一哩收费站,他们高举布条和游行,在和平的情况下进行了请愿活动。
人民和蕉赖大道的使用者都非常希望政府能够体恤民意,在符合“以民为本、绩效为先”的理念下,关闭蕉赖大道十一哩收费站以减轻人民的负担。

Tuesday, January 17, 2012

Isu Rakyat di Cheras

BN (Barisan Nasional) Hulu Langat perihatin tentang nasib penduduk yang tinggal di sepanjang jalan Cheras, iaitu mengenai isu tol yang seringkali menjadi rungutan dan bebanan yang perlu dipikul oleh mereka. Jalan Cheras adalah jalan yang menghubungi pusat Bandaraya Kuala Lumpur ke bandar Kajang. Jarak perjalanan adalah 24kilometer. Namun demikian, pengguna kenderaan persendirian perlu membayar RM1.90 untuk satu arah dan RM3.80 untuk dwiarah.

Tol di batu 9 mengenakan bayaran RM1.00 manakala tol di batu 11 pula menggenakan bayaran RM0.90. Jarak diantara dua tol ini hanyalah 3.2KM sahaja. Bagi penduduk yang tinggal di sepanjang jalan Cheras atau lebih perit lagi bagi yang tinggal diantara dua tol tersebut, mereka tidak boleh tidak terpaksa membayar tol jika ingin ke Kuala Lumpur atau ingin ke Kajang.

Lebih meruntun jiwa, jika perjalanan yang terlalu dekat untuk ke Balakong pun terpaksa menghulur RM0.90 walaupun jaraknya hanya 3.2KM sahaja dan untuk pergi dan balik terpaksa membayar RM1.80 untuk satu urusan.

Alangkah baik jika tol di batu 11 dimansuhkan sahaja!!!

Justeru, nasib penduduk disepanjang jalan Cheras masih lagi terpaksa membayar tol dan mereka tidak mempunyai jalan alternatif. Maka menjadi harapan rakyat agar pihak kerajaan Barisan Nasional dapat menimbang permintaan rakyat di Cheras agar tol di batu 11 dimansuhkan sahaja.

Dengan itu, BN Bahagian Hulu Langat memohon agar Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak dapat mengambil langkah segera untuk menutup tol Grand Saga Cheras bagi meringankan beban rakyat khususnya di Parlimen Hulu Langat . Tindakan pro-aktif telah juga diambil oleh YB Datuk Hj. Johan Abd Aziz selaku Pengerusi Penyelaras BN Bahagian Hulu Langat yang telah menyerahkan memorandum menyarankan penutupan tol tersebut kepada YAB Perdana Menteri pada 21hb. Ogos 2011 semasa majlis berbuka puasa bersama rakyat di Hulu Langat.

(Terjemahan bahasa Cina oleh Mr. WH Pung)


2012117日(星期二)
蕉赖人民的困境
乌鲁冷岳区国阵非常关注居住于蕉赖大道两旁的居民们之困境,那就是对于每日必须缴付两个收费站所引起的负担。蕉赖大道是一条全程24公里,并连接加影和吉隆坡的收费大道,而使用者来回此大道就必须缴付3零吉80仙的昂高收费。
虽然这两个收费站的距离仅是3.2公里,但是驾驶车子途经蕉赖九哩的的收费站必须缴付一零吉,而途经蕉赖十一哩收费站则必须缴付90仙。对于居住在蕉赖大道两旁的居民或是该大道两端的居民们来说,他们无可奈何的只有缴付过路费如果要到吉隆坡或加影去办事。
更令人气愤的是,只是要到3.2公里短距离的无拉港处理事情就必须要缴付90仙,来回就是一零吉80仙了。所以,关闭蕉赖大道十一哩的收费站是多么美好的一件事情啊!
对于居住在蕉赖大道两旁,出入没有代替公路而必须咬牙缴付收费站的人民来说,他们非常希望国阵政府能够关闭蕉赖大道十一哩收费站。有鉴于此,乌鲁冷岳区国阵恳切地希望首相拿督斯里纳吉能够体恤民意,关闭该收费站以减轻人民的负担。在此之前,乌鲁冷岳区国阵主席拿督佐汉阿兹已经采取了积极的行动,他在2011821日当首相亲临乌鲁冷岳区进行开斋活动时,亲手把敦促政府关闭蕉赖大道收费站的背忘录交给了首相拿督斯里纳吉。